Berita

Semasa

Semasa (45)

Selasa, 05 Disember 2023 14:29

ICYM OPEN DAY – 9 DISEMBER 2023, Kampus ICYM Melaka

Written by

Masih mencari tempat belajar? Jangan risau, peluang sambung belajar masih ada. ICYM menawarkan program peringkat diploma dengan JAMINAN PELUANG PEKERJAAAN, pengambilan pelajar baru 2023 masih dibuka

Datang beramai-ramai ke ICYM Open Day, hari Sabtu 9 Disember 2023 di kampus induk iCYM Bukit Sebukor mulai jam 10 pagi hingga 4 petang.

Pelbagai aktiviti disediakan seperti Pendaftaran Terbuka, Sesi Kaunseling Pendidikan & Hala Tuju Kerjaya dan Pameran program diploma ICYM.

Apa tunggu lagi ! Kita jumpa di ICYM Open Day 9 Disember 2023.

JOM BELAJAR DI ICYM❤


"Industry Based Higher Learning Institution"

TAHNIAH & SYABAS❤

Majlis Konvokesyen ICYM ke 19 berlangsung di Dewan Canselor UTeM, Melaka dan melibatkan seramai 765 graduan ICYM yang telah berjaya menamatkan pengajian di peringkat Ijazah, Diploma dan Sijil.

Graduan program diploma ICYM yang bergraduat adalah seramai 339 dan 345 graduan Sijil Kemahiran Malaysia. Selain itu, seramai 81 penerima ijazah dan diploma program kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan 7 penerima sijil pengiktirafan dan lesen penyelengaraan pesawat - pihak berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) graduan dari Aeronautic Development Centre (ADC).

Pada majlis tersebut, seramai 9 graduan menerima penganugerah Pelajar Cemerlang dan kemuncak majlis adalah Anugerah Emas Konvokesyen bagi Pelajar Terbaik Keseluruhan.

Keutamaan ICYM adalah Jaminan Pekerjaan Kepada Semua Graduan ICYM. Kejayaan ICYM hari ini dianggarkan lebih dari 89% graduan ICYM mendapat pekerjaan dan berjaya dalam bidang masing-masing.

"Industry Based Higher Learning Institution"

 

Suasana ceria sekitar Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Perwakilan Pelajar ICYM sesi 2023/2024. yang telah disempurnakan oleh Encik Aminalrashid Mohd Hussain, Pendaftar ICYM.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada barisan MPP baru atas pengiktirafan terhadap bakat kepimpinan anda. Justeru itu, kepercayaan dan mandate yang telah diberikan hendaklah dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya..

Syabas semua barisan kepimpinan MPP ICYM yang telah dilantik. Berusaha dan bertindaklah dengan lebih proaktif dalam memimpin para pelajar ICYM ke arah yang lebih cemerlang.

Selamat Maju Jaya dan Selamat menjalankan tugas.

 

 "INDUSTRY BASED Higher Learning Institution”

Jumaat, 17 Mac 2023 15:51

GATHERING HI-TEA WITH STUDENTS MERIAH

Written by

Suasana ceria dan meriah berlangsung di program Gathering Hi-Tea with Students bertempat di ICYM CAFÉ. Seramai 77 pelajar pastri dan kulinari SKM tahap 2 & 3 terlibat menjayakan program tersebut dan ini serupakan sebahagian dari projek akhir mereka sebelum tamat latihan.

Ini dapat mengembangkan bakat serta kemahiran pelajar sekaligus meningkatkan potensi mereka dalam bidang kulinari dan pastri. Majlis juga telah diserikan dengan persembahan bertenaga dan menghiburkan dari pemenang-pemengan pertandingan nyanyian ICYM IDOL.

TAHNIAH ICYM TVET CENTRE

"INDUSTRY BASED Higher Learning Institution”

Tahniah dan syabas diucapkan kepada ICYM TVET Centre atas pembukaan rasmi ICYM CAFE dan Fasiliti Kulinari & Pastri. Semoga kemudahan-kemudahan yang disediakan ini akan memberi manfaat kepada semua warga kerja dan pelajar di kampus induk ICYM.

Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada YBhg Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Pengerusi ICYM kerana sudi menyempurnakan majlis perasmian tersebut. Diharapkan semoga ICYM terus maju jaya.

 "INDUSTRY BASED Higher Learning Institution”

Satu majlis menandatangani Memorandum Perjanjian untuk pendidikan pembelajaran berasaskan kerja @ WBL antara ICYM dan Tadika Nadi Intelek telah diadakan bertempat di kampus induk ICYM Bukit Sebukor.

Perjanjian kerjasama ini antara lain bagi memperkukuhkan pembelajaran berasaskan pengalaman kerja sebenar@ WBL dan menyediakan para pelajar ICYM peluang mengaplikasikan pembelajaran bilik darjah kepada isu-isu praktikal di tempat kerja terutama dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Diharapkan jalinan kerjasama ini dapat memberi impak yang positif kepada ICYM dan Tadika Nadi Intelek.

"INDUSTRY BASED Higher Learning Institution”

Suasana ceria sekitar penyampaian sijil kursus pembuatan pastri bagi pelajar Murid Berkeperluan Khas (MBK), 3 buah sekolah negeri Melaka. Majlis disempurnakan Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Melaka, Encik Md Aziz Haji Lani.

Program kerjasama ICYM dan Jabatan Pendidikan Melaka ini bertujuan meningkatkan kemahiran pastri dan skil masakan pelajar MBK dengan bimbingan tenaga pengajar terlatih.
Tahniah para peserta yang berjaya menamatkan kursus dengan cemerlang.

Selamat Datang pegawai-pegawai dari UPSI yang diketuai oleh Profesor Madya Dr. Mazura @ Mastura Muhammad, Dekan FBK ke ICYM. Sesi Lawatan Audit ini dimulakan dengan sesi perbincangan ICYM sebagai Pusat Pembelajaran UPSI bagi program Master of Education in TESL. Seterusnya, sesi lawatan kemudahan-kemudahan dan fasiliti pembelajaran di ICYM

Terima kasih kepada pihak UPSI kerana sudi bekerjasama dengan ICYM. Semoga dapat mengeratkan lagi hubungan yang sedia ini dalam usaha untuk memartabatkan pendidikan tinggi negara.

 

Isnin, 20 Februari 2023 04:46

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2022

Written by

Kepada semua pelajar tingkatan 5 2022 , warga ICYM mengucapkan Selamat Berjaya dan semoga mencapai kecemerlangan.
Diharap anda dapat menjawab dengan jayanya dan buat yang terbaik untuk diri dan keluarga.

Ingatlah KEJAYAAN adalah hak milik setiap insan. Semoga anda dapat menempuh peperiksaan SPM dengan penuh ilmu di dada dan tenang menjawab soalan.

Ikhlas dari Warga ICYM

Sabtu, 18 Februari 2023 17:20

ICYM PERKUKUH JARINGAN KERJASAMA BERSAMA INDUSTRI

Written by
Pengurusan akademik ICYM telah mengadakan lawatan ke dua syarikat iaitu Red Circle Studio dan 84Animation Studio.
Matlamat lawatan memperkasa kurikulum pembelajaran berasaskan Work Based Learning (WBL) bagi keperluan industri dan meningkatkan jaringan kerjasama bersama industri.
Pendekatan WBL ini merupakan gabungan pembelajaran akademik dan pengalaman sebenar di tempat kerja.
"INDUSTRY BASED Higher Learning Institution"
 
Halaman 1 dari 4

Penafian

KAYM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Ikuti kami

Facebook Youtube Instagram