Berita

Khamis, 31 Mac 2022 04:23

YM Bazar 1.0 ICYM Meriah❤️

Written by
Rate this item
(0 votes)
Program Young Metier @ YM Bazar 1.0 berjaya menonjolkan sifat kepimpinan, kerja berpasukan dan bakat keusahawanan di kalangan pelajar ICYM.
Ini selaras dengan matlamat Sekolah Pengurusan Perniagaan untuk memberi pendedahan ilmu keusahawanan dan perniagaan. Program awal Young Métier merangkumi program Talking Titan, Business Management Canvas (BMC) dan program Webinar Perniagaan bersama pihak SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia).
YM Bazar 1.0 dimeriahkan dengan aktiviti pelbagai jualan makanan, minuman dan lain-lain mengikut kreativiti sekolah masing-masing untuk menjana keuntungan. Apabila ditanya berkenaan program ini, rata-rata menyatakan ianya bagus dan boleh diperbesarkan lagi pada masa akan datang.
Majlis penutupan disempurnakan Ketua Eksekutif ICYM, Tuan Haji Wan Ahmad Kamil.
Read 2009 times

Media

Penafian

KAYM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Ikuti kami

Facebook Youtube Instagram