PENJANA KPT-CAP JAMIN PELUANG KERJA
Satu majlis Serahan Sijil Tamat program KPT-CAP Kumpulan Sesi 1 dijalankan bagi meraikan kejayaan mereka yang berjaya menamatkan latihan. Program berbentuk reskilling dan upskilling ditawarkan bagi menyediakan peluang pekerjaan sekaligus membantu dalam menangani isu khususnya berkaitan peluang pekerjaan dalam kalangan belia negara. Antara program termasuk kursus telecommunication customer service, kulinari, pastri dan barber.
Sebagai IPT yang terpilih menawarkan Program Penjana KPT-CAP , KAYM juga menyediakan peluang pekerjaan dengan tawaran gaji antara RM1500.00 hingga RM3000.00 sebulan bersama majkan-majikan terpilih. KAYM menyasarkan sekurang-kurangnya 286 graduan dijangka mendapat penempatan pekerjaan setelah berjaya menamatkan latihan. Pengambilan Kumpulan Sesi 2 masih dibuka hingga awal Disember 2021.