Berita

PROICYM

PROICYM

Isnin, 01 Ogos 2022 05:51

Salam Maal Hijrah 1 Muharam 1444H

Salam Maal Hijrah
1 Muharam 1444H
Warga Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1444H kepada seluruh umat Islam.
Semoga kita semua dapat mengambil iktibar dan semangat hijrah Rasulullah SAW dengan sebaik-baiknya dan semoga hijrah kita akan dinilai dan diberi ganjaran.
Rabu, 20 Julai 2022 02:10

Sembang Santai E-Sport With Daddyhood

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..
Kelab Pelajar Stes (KPS), dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka akan menganjurkan sebuah program “Sembang Santai E-Sport With Dadyhood” pada 27 Julai 2022 di Auditorium Besar ICYM.
Program ini akan menjemput pengasas Homebois iaitu Daddyhood untuk bertemu dan bersemuka dengannya disamping berkongsi minat, ilmu dan hala tuju mereka dalam bidang E-sport.
Jom ramai-ramai kita sertai program ini bagi menyokong program yang dikelola oleh pelajar dan staf Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka.
Untuk sebarang pertanyaan, boleh menghubungi no. yang tertera dalam paparan poster.
Sekian, terima kasih
UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2022❤️
International College of Yayasan Melaka mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua muslimin dan muslimat di mana sahaja anda berada. Semoga Hari Raya korban tahun ini disambut dalam keadaan aman dan penuh kegembiraan.
Mari kita jadikan Aidiladha tahun ini satu titik tolak untuk kita terus bermotivasi dan komited meningkatkan mutu dan menghayati nilai pengorbanan agar kita tergolong di kalangan hamba Allah S.W.T yang dirahmati.
Salam Aidiladha ❤️
Elektronik merupakan kajian dan penggunaan peranti elektrik yang beroperasi dengan kawalan aliran elektron atau sebarang partikel bercaj elektrik. Ia adalah sebahagian daripada cabang sains dan teknologi yang melibatkan litar elektrik serta komponen elektrikal aktif seperti tiub vakum, transistor, diod dan litar bersepadu.
Elektronik berbeza dengan elektrikal dan elektrik mekanikal yang melibatkan penjanaan, pengagihan, pensuisan dan penyimpanan. Ianya juga menggunakan banyak peralatan seperti wayar, motor, generator, bateri, suis, transformer, perintang dan pelbagai komponen pasif.
Nak tahu lebih lanjut dalam bidang elektronik boleh sertai kami dalam Kursus Diploma Teknologi Elektronik Industri...
Jom sertai kami sekarang dan daftarlah di ICYM.
SCHOOL OF COMPUTING AND ENGINEERING TECHNOLOGY
✅ Diploma Teknologi Elektronik Industri
PENDAFTARAN Bagi Sesi 2022 DIBUKA SEKARANG!!!!!
Boleh terus isi borang di sini:
.
Info segera: 06 2817732
Kami sedia bantu adik-adik.
DIPLOMA SENI KULINARI
Bercakap mengenai seni kulinari, pasti ramai yang tergambar aktiviti memasak di dapur tetapi tahukah anda bahawa bidang ini sebenarnya merangkumi aspek yang lebih luas.
Seni kulinari adalah kursus dalam bidang masakan, penyediaan makanan, pastri dan kek serta aktiviti-aktiviti yang menonjolkan tatacara atau kemahiran menyediakan masakan bermula daripada persiapan sehingga penyediaan hidangan di dalam pinggan.
Kepada adik-adik lepasan SPM 2021 yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Diploma Seni Kulinari yang ada di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (ICYM) dan nak kami bantu untuk dapatkan maklumat dan kelebihan kursus ini.
Kelebihan Program Ini
Tahukah anda, terdapat pelbagai kelebihan yang anda dapat perolehi sebagai pelajar bidang ini.
Antara kelebihan program adalah :
* Yuran pendaftaran dan yuran pengajian yang lebih murah serta mampu bagi seorang pelajar lepasan SPM.
* Peluang pekerjaan tinggi selepas tamat pengajian.
Melengkapkan individu dengan pengetahuan dan kemahiran teknikal dengan lebih profesional.
*Meningkatkan ilmu pengetahuan individu yang berminat dengan bidang masakan, pastri dan kulinari kepada Teknik yang tertinggi.
*Dapat membuat pengurusan pengeluaran makanan dengan lebih baik dan sistematik.
*Progam Work Based Learning (WBL) SETAHUN yang berstruktur bertujuan memberi kemahiran dan pengalaman di tempat kerja dan terus diserap bekerja.
*Menambahkan minat dan ketabahan dalam seni kulinari.
Memberi peluang kepada individu yang ingin menjadi usahawan dalam bidang kulinari.
*Memberi pendedahan yang lebih khusus dan agresif dalam bidang kulinari.
Jom sertai kami sekarang dan daftarlah di ICYM.
SCHOOL OF HOSPITALITY AND TOURISM MANAGEMENT
✅ Diploma Seni Kulinari
PENDAFTARAN Bagi Sesi 2022 DIBUKA SEKARANG!!!!!
Boleh terus isi borang di sini:
.
Info segera: 06 2817732
Kami sedia bantu adik-adik.
.
.
Isnin, 04 Julai 2022 04:56

DIPLOMA KEUSAHAWANAN

??DIPLOMA KEUSAHAWANAN??
Definisi KEUSAHAWANAN mengikut kamus Dewan, Keusahawanan segala-gala yang berkaitan usahawan atau kegiatan dan kemahiran usahawan.
Keusahawanan ialah satu proses pewujudan dan perkembangan perniagaan secara berterusan yang menyumbang kepada proses pembangunan ekonomi. Bidang keusahawan adalah satu bidang kerjaya yang profesional.
Kepada adik-adik lepasan SPM 2021 yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Diploma Keusahawanan yang ada di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (ICYM) dan nak kami bantu menjadi usahawan seperti diatas:
Jom sertai kami sekarang dan daftarlah di ICYM.
SCHOOL OF BUSINESS MANAGEMENT
✅ Diploma Keusahawanan
PENDAFTARAN Bagi Sesi 2022 DIBUKA SEKARANG!!!!!
Boleh terus isi borang di sini:
.
Info segera: 06 2817732
Kami sedia bantu adik-adik.
.
.
Kepada adik-adik lepasan SPM 2021 yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Diploma yang ada di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (ICYM).
Jom sertai kami sekarang dan daftarlah di ICYM.
Kami sediakan pilihan PAKEJ program Diploma (Work Based Learning) yang trending dan potensi PEKERJAAN yang tinggi selepas tamat pengajian.
Terdapat pelbagai program yang di TAWARKAN seperti:
SCHOOL OF MEDIA TECHNOLOGY & ARTS
✅ Diploma Teknologi Animasi
✅ Diploma Teknologi Media
✅ Diploma Teknologi Multimedia
SCHOOL OF SOCIAL SCIENCE
✅ Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak
✅ Diploma Bimbingan Kaunseling
SCHOOL OF COMPUTING & ENGINEERING TECHNOLOGY
✅ Diploma Teknologi Elektrik
✅ Diploma Teknologi Elektronik Industri
SCHOOL OF HOSPITALITY & TOURISM MANAGEMENT
✅ Diploma Pengurusan Hotel
✅ Diploma Seni Culinari
PENDAFTARAN Bagi Sesi 2022 DIBUKA SEKARANG!!!!!
Boleh terus isi borang di sini:
.
Info segera: 06 2817732
atau terus whatsapp kami di
Kami sedia bantu adik-adik.
 
 

Perkongsian peluang menyambung pengajian..
https://fb.watch/dW6GNkJd-M/

 

 

Sekitar Program Bual Bicara Alumni “Kerjaya Alumni Kita: Sebuah Peluang & Cabaran” bersempena slot pengisian Program Intro Career (PIC), Kumpulan 2 2022 anjuran Unit Alumni Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka.
Terima Kasih Aliff Asyraf alumni Program Teknologi Media, School Of Media Technology & Art (SMART) 2018 diatas kesudian meluangkan masa untuk sama-sama berkongsi pengalaman serta tips yang berguna kepada pelajar untuk sesi kali ini.
Semoga dimasa akan datang, ramai lagi alumni-alumni yang berjaya serta hebat dipelbagai lapangan sana sama-sama mencurah sumbangan serta khidmat kepada warga Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka.
Diharapkan, program seperti ini akan menjadi perintis kepada program-program alumni pada masa akan datang.
Unit Alumni juga mengalu-alukan kesudian para alumni yang lain untuk bekerjasama dengan KAYM bagi membangunkan program yang bermanfaat bagi kepentingan bersama.
“Alumni KAYM, kebanggaan serta kejayaan kita bersama”
!!!BERITA BAIK KEPADA LEPASAN SPM!!!
Pakej Istimewa Kepada Pelajar B40. Pembiayaan Yuran Pengajian dan Elaun Sara Diri untuk peringkat DIPLOMA.
Berminat Sila Hubungi Kami atau Klik link dibawah :
Halaman 1 dari 6

Penafian

KAYM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Ikuti kami

Facebook Youtube Instagram