Berita

Aktiviti pelajar

Aktiviti pelajar (10)

Khamis, 08 September 2022 06:17

“Hari Karikatur KAYM 2022”

Written by
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera
Unit Alumni & Pertubuhan Dunia Karikatur Malaysia (PEDUKAR) Pedukar dengan kerjasama School Of Media Technology & Art (SMART), Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka akan menganjurkan Program Bersama Alumni : “Hari Karikatur KAYM 2022” pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 21 September 2022 (Rabu)
Masa : 9.00 Pagi - 5.00 Petang
Tempat : DK 1, KAYM
Penganjuran program ini bertujuan untuk menarik minat para pelajar KAYM tentang bidang karikatur dan memperkenalkan alumni KAYM yang berjaya dalam industri ini disamping memberi perkongsian serta ilmu yang bermanfaat kepada semua.
Program yang akan berlangsung ini akan diisi dengan pameran & jualan produk karikatur, Demonstrari Lukisan Karikatur serta Bicara Kerjaya bersama alumni yang merupakan pemegang “The Malaysia Books Of Record” dalam bidang karikatur.
Semua pelajar KAYM dan mereka yang berminat dijemput hadir bagi memeriahkan “Hari Karikatur KAYM 2022” ini.
Sekian, Terima Kasih.
Suasana ceria mewarnai Majlis Penyampaian Sijil Tamat Program Intro Career (PIC) Batch 1 2022. Majlis penyampaian sijil disempurnakan Tuan Haji Wan Ahmad Kamil, Ketua Eksekutif ICYM.
Pelbagai acara menarik seperti sketsa, lakonan dan nyanyian dari pelajar-pelajar turut sama memeriahkan lagi majlis tersebut. ICYM mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua pelajar PIC Batch 1 2022.
GOOD LUCK FOR YOUR SPM RESULT?

Final Year Project FYP 2022 SMART dari Program Diploma Teknologi Animasi, Program Diploma Teknologi Multimedia. Semoga calon-calon FYP 2022 terus maju jaya dalam bidang masing-masing.?

Galeri FYP 2022 SMART

Selasa, 15 Mac 2022 02:08

TAHNIAH ATAS KEJAYAAN AML ICYM

Written by
TAHNIAH ATAS KEJAYAAN AML ICYM ?
Syabas kepada Iyzzat Yahya dan Sia Wie Hao yang telah berjaya mendapat Aircraft Maintenance Licence (AML) dan diiktiraf oleh Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM). Anda adalah KEBANGGAAN kami warga ICYM.❤️
Bagi lepasan SPM yang berminat dalam bidang Aviation, untuk melayakkan diri sebagai Aircraft Maintenance Engineer, mesti ada lesen khusus dalam bidang ini ye. Kerjaya yang menarik tapi juga gaji juga dikira lumayan!
Apa tunggu lagi jom belajar di ICYM.?
Isnin, 14 Februari 2022 00:44

MAJLIS MAKAN MALAM GRADUAN ICYM ❤️

Written by
MAJLIS MAKAN MALAM GRADUAN ICYM ❤️
Sekitar kemeriahan Majlis Makan Malam Graduan sempena Konvokesyen ICYM ke 18 bertempat Tamu Hotel & Suites, Kuala Lumpur.
Penampilan Khas penyanyi terkenal Ismail Izzani turut mengamatkan lagi majlis tersebut.
Semoga ini menjadi kenangan terindah buat semua graduan ICYM??
Isnin, 24 Januari 2022 07:34

Kursus Asas Memanah SIRI 1 ICYM 2022

Written by

[22.01.22] Kursus Asas Memanah anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Pertubuhan Pemanah Tradisional Malaysia (PERTAMA). Syabas dan tahniah buat semua peserta.

Rabu, 03 November 2021 02:57

WEBINAR ANIMASI MALAYSIA

Written by

WEBINAR ANIMASI MALAYSIA

Tajuk :
DARI MANA ANIMASI MALAYSIA? Sejarah & Perkembangan

Panel Jemputan :
Hassan Muthalib, Perintis Animasi Asia

Moderator :
Prof. Madya A. Tarmizi Hj. Azizan, Presiden Persatuan Pendidik Animasi Malaysia (PPAM), Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, UMK

Tarikh & Masa :
Rabu, 3 November · 09:30 – 11:30 PG

Platform : Google Meet
Pautan panggilan video: https://meet.google.com/svq-khev-iyc

Anjuran :
Persatuan Pendidik Animais Malaysia (PPAM)
Elektif Animasi, Program Sarjana Muda Teknologi Kreatif dengan Kepujian
Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, UMK

Aturcara Webinar

09.30 pg : Pendaftaran Pelajar & Tetamu

09.50 pg : Ucapan Aluan oleh
En. Mohd Arif Ariffin
Ketua Bidang Elektif Animasi
Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan UMK

10.00 pg : Pengenalan Panel Jemputan oleh Moderator

10.15 pg : Sesi Perkongsian Ilmu oleh
En. Hassan Muthalib
Perintis Animasi Asia
Tajuk : DARI MANA ANIMASI MALAYSIA? Sejarah & Perkembangan

Rabu, 03 November 2021 02:01

Asas Pengendalian Dron

Written by

Asas Pengendalian Dron.


1 dan 2 November 2021. Sebanyak 4 sesi bengkel Asas Pengendalian Dron melibatkan 80 orang pelajar semester 1 Sekolah Teknologi Media dan Seni (SMART), ICYM.
Program tambah nilai kemahiran pelajar Sekolah Teknologi Media dan Seni ICYM diusahakan untuk pelajar dalam mendepani arus pembangunan teknologi merangkumi bidang seni, visual dan penerbitan yang melibatkan dron.

Kelab Teater SMART (KERTAS) dari Kolej Antarabangsa Yaysan Melaka merupakan Johan Festival Teater Negeri Melaka 2019 dengan mengangkat Naskhah “This Ability” karya Arshad Adam dan telah memenangi beberapa anugerah seperti Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik serta Sinografi Terbaik.
 
Disebabkan masalah pendemik covid 19 yang berlarutan hingga hari ini, pementasan telah ditukar kepada kaedah yang berbentuk seminar secara dalam talian.
 
Jesteru itu KERTAS akan mengadakan Webinar Teater This Ability: Tinjauan Proses Kreatif bersempena Webinar Manifestasi Teater Johan Negeri Melaka anjuran bersama Persatuan Gerakan Anak Seni (GAS) Gerakan Anak Seni dan JKKN Melaka JKKN Melaka FanPage dengan kerjasama School Of Media Technology and Art, Unit Alumni Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka International College of Yayasan Melaka - ICYM serta Bleenk Media. Bleenk Media.
 
Berikut merupakan butiran program
Webinar Teater This Ability : “Tinjaun Proses Kreatif”
Tarikh : 24 September 2021, Jumaat (SIRI 1)
25 September 2021, Sabtu (SIRI 2)
Masa : 8.30 Malam
Platform: JKKN Melaka Fanpage
Webinar ini akan menampilkan pengacara, moderator serta barisan panel yang terdiri daripada:
Pengacara : Nafee Jayy
Moderator: Naque Ariffin
Aktivis & Pensyarah
Moderator:
Dr Marlenny Deenerwan Lenny Erwan
Ketua Jabatan, Fakulti Seni Kreatif Universiti Malaya
En. Sahban B. Hj Md Smail
Dekan SMART
Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka
Arshad Adam
Penulis Skrip This Ability
Norhan Fahmie Rayza
Pengarah Teater This Ability
Azizi Nazril, Diba Soy, Aidil Rosli, Ausz Din
Pelakon Teater This Ability

“Saya tertarik dengan kursus yang ditawarkan dalam program PIC ini kerana ia dijalankan secara praktikal dan dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman,”

Demikian kata salah seorang peserta program Sijil Asas Video dan Sinematografi, Aliff Naqiuddin Mohd Rozaime. Kursus ini telah menyediakan peluang yang baik kepada beliau untuk mempelajari bidang yang diminati sementara menunggu keputusan SPM. 

Program Sijil Asas Video dan Sinematografi ini adalah sebahagian dari sejumlah 21 kursus menarik yang ditawarkan oleh KAYM. Dijalankan selama 12 minggu di kampus utama KAYM. Kursus-kursus lain yang turut ditawarkan adalah seperti Basic Pastry and BakeryAuto CAD and Application Development dan Basic Aerodynamic in Aviation Tool Crib For AirCraft.

Penafian

KAYM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Ikuti kami

Facebook Youtube Instagram